Tokma | Rempah | Malaysia

logo tokma (1)

Sejarah Rempah Tok Ma

ANAK JASA (M) SDN BHD adalah syarikat pengeluar dan pengedar rempah serbuk berjenama TokMa. Rempah TokMa dihasilkan dari ramuan asli yang diproses secara tradisional (‘homemade’) menggunakan 100% rempah terpilih tanpa bendasing. Rempah yang dihasilkan tidak menggunakan sebarang bahan pewarna, perisa dan pengawet. Hasil dari proses pengeluaran yang bersih dan tersusun, rempah TokMa telah mendapat pensijilan HALAL pada 31 Oktober 2007, pengiktirafan MeSTI pada 12 Jun 2014 dan Pensijilan GMP pada 6 Februari 2020

Misi & Visi

Misi Kami

Menjadi peneraju utama dalam menyediakan rempah masakan yg mempunyai citarasa sejagat untuk semua golongan tanpa sempadan.

Visi Kami

1) Menjadi pengeluar rempah masakan  tradisional yang unggul
2) Sebagai pemangkin untuk mengekalkan citarasa tradisional dalam masakan
3) Memberi fleksibiliti kepada pengguna dalam mempelbagaikan masakan dengan citarasa tradisional
4) Memperluaskan pasaran hingga ke peringkat antarabangsa

Pasaran Tok Ma

Bermula pada awal tahun 2009 bulan Mac, produk rempah TokMa mula memasuki pasaran di sekitar Marang dan Kuala Terengganu. Sambutan agak menggalakkan bagi produk baru disamping saingan yang agak sukar. Berikut adalah senarai pasaraya-pasaraya besar yang menjual rempah TokMa.