Tokma | Rempah | Malaysia

logo tokma (1)

BAHAN RESEPI (25g):

  • 1 kilogram daging (ayam/lembu)
  • 1 paket Rempah Gulai Ayam Daging Tok Ma
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 cawan santan
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 2 sudu besar cili boh
  • 1/4 cawan minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN DIKISAR:

  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 cm lengkuas

CARA MASAKAN:

  • Gaulkan daging bersama kerisik, bahan-bahan yang dikisar, Rempah Gulai Ayam/Daging Tok Ma, cili boh dan serbuk kunyit.
  • Tumis bahan-bahan di atas dengan sedikit minyak masak sehingga naik bau.
  • Masukkan air asam jawa dan santan. Biarkan mendidih dan perlahankan api sehingga ayam/daging empuk.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.

BAHAN RESEPI (25g):

  • 1 kg Ikan Tongkol (dikerat 3 cm tebal)
  • 1 paket Rempah Gulai Nasi Dagang Tok Ma
  • Cili merah/hijau
  • 1/2 sudu kecik serbuk kunyit
  • 2 sudu besar cili boh
  • 2 keping asam keping
  • 2 cawan santan
  • 1 sudu kecil kerisik
  • Gula Melaka dan garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR:

  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 cm lengkuas

CARA MASAKAN:

  • Gaulkan ikan bersama asam keping, garam dan 1/2 cawan air. Biarkan.
  • Santan dimasak sehingga naik minyak.
  • Masukkan Rempah Gulai Nasi Dagang Tok Ma, bahan-bahan yang dikisar, cili boh, kunyit dan kerisik ke dalam santan. Kecilkan api.
  • Apabila minyak naik, masukkan ikan rebus bersama airnya, garam dan gula melaka secukup rasa.
  • Masukkan cili merah/ hijau sebelum diangkat. Hidang bersama nasi dagang.

BAHAN RESEPI (25g):

  • 1 kilogram daging Iembu
  • 1 paket Rempah Gulai Nasi Minyak Tok Ma
  • 2 biji ubi kentang
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 30 gram bawang goreng
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 helai daun pandan
  • Gula melaka dan garam secukup rasa
  • 2 sudu besar mlnyak sapi 1/4 cawan minyak masak
  • Cili Boh (Ikut Citarasa)

BAHAN DIKISAR:

  • 5 ulas bawang merah
    3 ulas bawang putih
    2 cm halia

CARA MASAKAN:

  • Campurkan bawang goreng, kerisik, sos tomato, susu cair, cili boh, Rempah Gulal Nasl Minyak Tok Ma dan bahan yang dikisar tadi bersama daging. Gaul rata.
  • Panaskan campuran minyak sapi dan minyak masak. Masukkan daging yang dicampur dengan bahan-bahan tadi dan daun pandan.
  • Masukkan 2 cawan air dan perlahankan api. Biarkan hingga daging empok.
  • Masukkan ubi kentang, garam dan gula melaka secukup rasa.
  • Hidang panas bersama nasi minyak.

BAHAN RESEPI (25g):

  • 1 kg ayam/daging Iembu
  • 1 paket Rempah Kari Ayam/Daging Tok Ma
  • 2 cawan santan
  • 3 tangkai daun kari
  • 1/4 cawan minyak masak untuk menumis
  • Gula dan garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia

CARA MASAKAN:

  • Campurkan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar bersama daun kari sehingga naik bau.
  • Campurkan Rempah Kari Ayam/Daging Tok Ma dan gaul rata.
  • Masukkan daging, air asam jawa dan biarkan sehingga daging separuh empuk.
  • Masukkan santan dan biar sehingga naik minyak.
  • Masukkan garam, gula dan serbuk perasa (jika perlu) secukup rasa.

BAHAN RESEPI (25g):

  • 1 kg Ikan
  • 1 paket Rempah Kari Ikan Tok Ma
  • 2 cawan santan
  • 3 tangkal daun kari
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 1/4 cawan minyak masak
  • Gula dan garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR:

  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 hiris halia

CARA MASAKAN:

  • Pansakan minyak dan tumiskan bahna-bahan yang dikisar bersama daun kari.
  • Campurkan Rempah Kari Ikan Tok Ma dan gaul rata.
  • Masukkan air asam jawa dan santan.
  • Biarkan sehingga santan mendidih. Perlahankan api.
  • Masukkan ikan, garam, gula (secukup rasa) dan serbuk perasa (jika perlu).

BAHAN RESEPI (25g):

  • 1 kg daging lembu/ayam (dipotong besar)
  • 1 paket Rempah Kerutub Tok Ma
  • 2 sudu besar cili boh
  • 2 cawan santan
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 biji cili hidup
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • Gula Melaka dan garam secukup rasa
  • 2 labu bawang besar dipotong empat

BAHAN DIKISAR:

  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia

CARA MASAKAN:

  • Gaulkan Rempah Kerutub Tok Ma, kerisik, bahan-bahan yang dikisar dan cili boh bersama daging lembu/ayam.
  • Masak bersama dengan santan dan serai sehingga empuk.
  • Masukkan air asam jawa, gula Melaka dan garam.
  • Masak sehingga naik minyak.
  • Apabila hampir masak, masukkan cili hidup dan bawang besar yang sudah dipotong.